Thursday, January 10, 2013

Sumber Kekuatan

Post baru di tahun baru.

    6 bulan tak update blog, pemalas betul. Sebenarnya aku masih mencari, masih mencari-cari sebab, sebab yang boleh menimbulkan motivasi bagi diri ini. Sebab dan motivasi untuk menulis dan berkongsi. Tanpa sebab yang kukuh, aku tiada motivasi untuk berbuat sesuatu, lebih-lebih lagi untuk konsisten. Dan sebab ini perlu difikir dan direnung oleh aku sendiri tanpa bertanya orang lain, kerana jawapan kebanyakan manusia lain hanya menambah maklumat tanpa menimbulkan kesedaran. Apapun inginku kongsi sesuatu. 

    2,3 hari lepas banyak perkara berlaku di sekelilingku, bermula dengan kawanku yang datang ke rumah meminta sedikit pertolongan aku untuk menyelesaikan masalah visanya, seterusnya terlanjur berbual beberapa jam tentang jual beli hartanah di Malaysia, selepas itu ada kawan lain minta tolong sesuatu di tengah-tengah malam musim sejuk, kesejukan yang hanya pengemis jalanan tanpa rumah sahaja yang mengerti, ditambah dengan sikap tidak berterima kasih aku sebelum itu kepada seseorang yang sudah menolongnya (sangat tidak patut), kemudian mendapat khabar tentang kakak ipar yang baru selamat menjalani pembedahan - dah habis operate baru aku tahu cerita, perbualan jadi makin rancak dengan complaint abangku tentang kualiti medical staff yang makin merosot zaman sekarang. 

    Seketika berfikir, satu kesimpulan timbul dalam benak fikiran ini. Manusia sekarang sangat memerlukan golongan yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Dan aku ingin menjadi salah seorang dari golongan tersebut. 

    Manusia normal cukup sifat, tiada sebarang penyakit kongenital mahupun kronik, memiliki akal yang waras, tiada masalah kewangan sampai tahap kebulur, cukup tempat tinggal dan kemudahan hidup, membesar dalam komuniti yang bagus. Begitulah ciri-ciri aku dan kebanyakan manusia, tetapi yang mampu dan mahu memberi manfaat kepada orang lain tidak ramai, kerana masing-masing mungkin fokusnya tertumpu kepada kehendak dan kepentingan diri sendiri.  Hamba yang tidak reti berterima kasih, semoga aku dijauhkan. 

    Sudah jumpa sebab dan motivasi. 

    Alhamdulillah.




1 comment:

  1. Teruskan menulis dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Pengalaman hidup merupakan "ilmu" yang tidak akan sama di antara individu.

    ReplyDelete